Persembahan dan upacara Teks Piramid

Teks-teks ini biasanya mengandungi tulisan berkenaan upacara dan persembahan kepada para dewa. Contoh bagi upacara sebegini ialah istiadat Pembukaan Mulut, upacara persembahan, dan upacara insignia. Persembahan datang dalam bentuk duit dan doa di dalam piramid, dan ditulis dalam teks piramid supaya firaun dapat hidup dengan bahagia di alam akhirat.[17] Upacara seperti istiadat pembukaan mulut dan mata adalah penting untuk si Firaun dalam hidup seterusnya. Upacara ini melibatkan si Kher-Heb (ketua pendeta) dan juga pembantu-pebantu untuk membuka mata dan mulut si mati sementara mantera dibacakan. Peratap digalakkan untuk menangis sekuat hati sambil sejenis radas digunakan untuk membuat lubang di dalam mulut. Selepas upacara selesai, menurut kepercayaan orang Mesir purba si mati sekarang dapat makan, bercakap, bernafas dan melihat di alam akhirat.[24]

Piramid Mesir mengandungi berbagai koridor, terowong dan bilik yang mempunyai tujuan dan kegunaan berbeza semasa proses persemadian dan upacara.[23] Teks-teks ditulis dan dibacakan oleh pendeta mengikut turutan khas, biasanya bermula di Kuil Lembah dan berakhir di Bilik Keranda atau Piramid. Jenis-jenis barangan persembahan dan upacara juga mungkin dibacakan mengikut suatu turutan. Kuil Lembah biasanya mempunyai sebuah tempat suci di mana upacara akan dibacakan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Teks Piramid https://www.ancient.eu/article/148/the-pyramid-tex... https://www.sofiatopia.org/maat/wenis.htm https://www.experience-ancient-egypt.com/egyptian-... https://books.google.com/books?id=6VBJeCoDdTUC&pg=... http://www.metmuseum.org/research/metpublications/... https://archive.org/details/chronicleofphara00clay https://archive.org/details/oxfordhisto00shaw https://archive.org/details/pyramidscomplete00vern https://www.egyptologyforum.org/bbs/Shmakov_Critic... https://www.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title...